Tuesday, June 19, 2007
Kasih.. maafkan diriku..
Dan yang dosaku padamu,
Tidak terhitung jari jemari daku..
Tak dapat dibilang bagai bintang beribu
Sukarnya diriku menebus kesilapan yang lalu
Kasih.. engkau tak bersalah,
Hanya hatiku yang buta
Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga
Dan tanpa belas ku buat kau kecewa
Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya
Tiga malam.. tanpa bintang
Dan diriku dihimpit penyesalan
Arah hujung kian padam
Kerna hilangnya
Bagaikan siang diselubung gerhana
Kembalikan senda tawa
Pulangkanlah manis di senyum manja
Ku pahatkan keinsafan
Dan patrikan kesetiaan
Sehingga tarikh menafikan nyawa…
Aluanan lirik lagu Tiga Malam begitu menyentuh hati Qarin Nasuha, terasa sayu kelubuk hatinya. Biat-biat lirik itu seakan sinonim dengan situasi mereka cuma bezanya dia yang telah berkali kali menyakiti Hariz Azhan. Benar kata Hariz Azhan tindakannya melarikan diri sejak dulu lagi bukan penyelesaian masalah yang melanda mereka.
Dia masih ingat lagi pagi semalam dia dan kak Nadya mencuri dengar perbualan Hariz Azhan dan babah. Betapa payah lelaki itu cuba meyakinkan babah tetang keputusan yang mereka ambil. Dia tahu pada babah keputusan itu terlalu terburu-buru. Tapi bukankah enam tahun adalah suatu jangka masa yang terlalu lama untuk sebuah cinta?
Benar perpisahan terjadi antara mereka selama ini, namun itu bukan bererti terlerainya rasa cinta yang tertanam di hati mereka. Cuma jasad yang terpisah jauh, namun hati masih saling mengikat antara dua jiwa.
‘Riz yakin dengan keputusan Riz ni?’soal Encik Khairil pada anak muda itu. Cukup lah semalam dia dikejutkan dengan kepulangan Qarin Nasuha bersama Hariz Azhan secara tiba-tiba dan hari ini pasangan itu membuat satu lagi kejutan buat mereka.
‘Babah, dah terlalu lama Riz bersedia untuk semua ni babah. Kalau dulu Qarin tak larikan diri dari Riz kami dah kawin dan mungkin dah ada anak-anak.’lembut jawapan Hariz Azhan menusuk jauh ke hati tuanya.
Encik Qairil mengangguk-angguk tanda setuju.
Dia mengakui kebenaran kata-kata anak muda itu dan dia cukup kenal lelaki didepannya itu.Dia menarik nafas panjang, mengalihkan perhatian pada Abdul Qayyum disisi. Anak lelakinya itu kelihatan tenang saja.
‘Bah, Ayyum yakin dengan Riz, lagipun tentu adik dah fikir masak-masak sebelum buat keputusan ni.Bagi Ayyum dan Nadya kami menyokong keputusan mereka.’lembut kedengaran bicara abang kesayangannya itu menampar pendengaran.
Melihat Encik Qairil masih berdiam diri Hariz Azhan terus menyambung bicara.
‘Sejak dulu Riz, pernah berjanji pada babah Riz akan menyayangi Qarin Nasuha sepenuh hati, tidak akan mensia-siakan kasih yang diberikan Qarin pada Riz.
Dan Riz masih berpegang teguh pada janji itu babah..sampai saat dan ketika ini. Selama ini cinta yang ada dalam diri Riz tak penah luntur. Riz tidak pernah buang kasih sayang Qarin pada Riz. Tapi Qarin yang melarikan diri dari Riz.’sebak kedengaran suara yang ditutur Hariz Azhan. Emosi terganggu bile mengingatkan perpisahan yang terjadi antara dia dan gadis kesayangannya itu.
Terkesima Qarin Nasuha mengingati biat kata itu. Memang benar, Hariz Azhan tidak penah sekalipun melukai hatinya. Cuma dia yang tidak kuat untuk berdepan dengan rintangan yang melanda mereka dan melarikan diri berkali kali dari lelaki itu. Dia menghukum Hariz Azhan atas kesalahan yang tidak dilakukan lelaki itu.
‘Adik’.panggilan Nadya menyedarkan dia dari lamunannya.
‘Kenapa dik?’ hairan melihat anak mata gadis itu bergenang. Bukankah sepatutnya gadis itu bergembira setelah babah memberi persetujuan tentang pernikahannya?
‘Adik terlalu banyak melukai Riz kak.’dipeluk erat tubuh kakak iparnya. Menangis hiba pada pelukan wanita yang sudah menganti tempat ibu buatnya.
‘Syhh…jangan menangis adik.’lembut dia mengelus rambut gadis itu. Mahu memujuk Qarin Nasuha menghilangkan rasa duka yang bertamu dihati gadis itu.
‘Riz terlalu baik kak….’dalam tangisan dia bersuara. Saat itu diruang mata terbayang wajah lelaki itu sedang tersenyum dan tidak putus putus mengucapkan kata cinta buatnya.
Nadya tersenyum hilang pertanyaan yang merantai hatinya. Dia memeluk erat tubuh gadis yang sudah dianggap bagaikan anak sendiri itu.
‘Adik, jangan lah macam ni. Nanti apa pulak kata Hariz tengok bakal isterinya mata lebam.’usik Nadya sambil menyeka air mata gadis itu.
Belum pun sempat Qarin Nasuha membalas kata kata Nadya itu telefon kecil miliknya berbunyi minta diangkat. Mendengarkan ringtone yang berlagu saja sudah cukup untuk dia mengenali si pemanggil.
Pantas telefon kecil itu dikeluarkan dari poket bajunya.
‘Assalamualaikum sayang.’ Sebaris ayat itu saja sudah cukup untuk menghilangkan segala rasa yang bertamu dalam jiwanya saat itu.Senyuman indah terukir dibibir Qarin Nasuha.
‘Wa’laikumsalam.’perlahan saja bicaranya seakan tidak mahu perbualan mereka didengari Nadya yang tersenyum mengusik.
‘Rindu abang tak?’soal Hariz Azhan dia tersenyum senang mendengarkan suara gadis itu. Walaupun bukannya jauh sangat jarak mereka. Dia sedang duduk di ladang milik babah bersama Qayyum dan Hariz, si kecil yang menjadi kesayangan Qarin Nasuha dan kini mejadi buah hatinya juga.
‘Orang dengan kak Nadya la.’ujar Qarin Nasuha, mahu mengelak dari menjawab soalan nakal Hariz Azhan.
‘Sayang, abang tanya cuk rindu abang tak?’Hariz Azhan tidak peduli dengan kata kata Qarin Nasuha. Galak dia mengusik cinta hatinya itu.
‘Em…’hanya itu yang didengarinya saat itu.Dia tertawa kecil,tentu ada Nadya bersama buah hatinya.
‘Aik? Sejak bila abang tanya jawab em… aje ni cuk?’usik Hariz Azhan.Dia tersenyum nakal. Pelik dengan hati sendiri. Ah…hatinya kini bukan lagi miliknya.Malahan dia tidak lagi kenal dengan hati yang sedang mekar dek cinta itu.
“Abang! Kak Nadya ada lah.’perlahan Qarin Nasuha menjawab. Dia geram dengan gelagat Hariz Azhan yang kuat mengusiknya.
‘Cakap lah,abang nak dengar’ Hariz Azhan masih tidak mahu mengalah. Tetap mahu menyakat buah hatinya itu.
‘Ada orang tu menangis tadi Riz.’tiba tiba tanpa sedar Nadya menyampuk dari belakang Qarin Nasuha, terkejut gadis itu. Dia berpura pura mahu memukul kakak iparnya itu. Namun Nadya pantas melarikan diri sambil tersenyum nakal.
‘Cuk? Kenapa menangis ni?’gundah kedengaran suara Hariz Azhan dari hujung sana.
‘Tak ada apa apa lah abang’riang Qarin Nasuha menjawab.Dia tidak mahu lelaki itu risaukan dirinya.
‘Cakaplah, cuk kenapa? Cuk buat abang risaulah.Abang balik rumah sekarang ye?’
‘Tak payahlah abang,kata nak melawat ladang, nanti apa pulak kata abang Qayyum nanti.Lagipun orang tak apa apa lah.” Ujar Qarin Nasuha. Terpancar kasih sayang lelaki itu buatnya dan dia mampu merasakan kehangatan cinta yang sedang mengalir dari hati milik bakal suaminya itu.
Ah, alangkah indahnya gelaran itu buat Hariz Azhan.SUAMI…Qarin Nasuha seakan terlempar kealamnya sendiri, hanya panggilan ketiga Hariz Azhan yang menyedarkan dirinya.
‘Bucuk!’Hariz Azhan menguatkan sedikit suaranya bila dia tidak mendengar reaksi gadis itu.
‘Iye sayang.’lembut dia menjawab.Senyuman terhias indah dibibirnya.
‘Sayang ni kenapa? Abang risau la.’Rungut Hariz Azhan.Tidak suka bila dengar gadis itu menangis.
‘Tak ada apa apalah. Orang rindukan abang aje.’perlahan dia berbicara mengakui apa yang telah termaktub dalam hatinya.
‘Laaa…’pecah tawa Hariz Azhan saat itu. Betapa indahnya perasaan tatkala itu.
Qarin Nasuha hanya tersenyum senang mendengar derail tawa di hujung talian.Turut sama berkongsi kebahagiaan
‘Tadi orang tanya sombong.’ujar Hariz Azhan. Masih mahu menyakat gadis itu. Terasa kedamaian menerjah ke tangkai hati megingatkan kebahagiaan kurniaan Ilahi yang menjadi miliknya saat itu. Setinggi tinggi kesyukuran dipanjatkan pada Yang Maha Esa. Terasa kehidupan yang dulu kelam kini kembali menyinari hidupnya.
Suasana riuh rendah di ruang tamu menjadikan Qarin Nasuha tersenyum sendirian. Kemeriahan yang sedang berlangsung itu menjadikan dia benar benar bersyukur atas segala kurniaNya. Sesungguhnya dia tidak pernah mengimpikan kebahagian itu menjadi miliknya.
Terasa diri benar benar kedil saat itu. Betapa sesungguhnya Allah masih lagi menyayangi dirinya. Walaupun dia adalah hamba yang lemah,tidak sunyi dari salah dan alpa sepanjang menjalani kehidupannya namun rahmat Allah masih sudi memayungi kudratnya.
Qarin Nasuha tersenyum, pandangan mata tumpah pada gurau senda Hariz Azhan dan si kecil Hariz. Nama yang serupa dan kerektor yang berbeda, namun perbezaan itu sedikitpun tidak menjarakkan kemesraan antara kedua duanya.
‘Bucuk’.lembut kedengaran suara Hariz Azhan. Terperanjat Qarin Nasuha dibuatnya.
‘Ish…abang ni. Buat orang terperanjat aje lah.’ujar Qarin Nasuha lembut. Wajahnya merona merah bila terpandangkan sebening wajah itu. Tidak selesa bila terlalu berdekatan dengan Hariz Azhan. Degupan jantungnya terasa tidak mahu berhenti bila berdekatan dengan lelaki itu.
Perempuan bagaikan angin, lembutnya melenakan, ributnya menggusarkan. Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih, menghidang sayang adakalanya seperti anak ingin dibelai, minta dimanjakan adakalanya seperti nenek berleter seadanya, merungut semahunya..(sumber : http://samsengclub.clicdev.com/)
Sambung…
&!burried at 10:24 PM
Thursday, August 31, 2006
Qarin Nasuha membetulkan tudung yang tersarung pada wajahnya. Dia memerhatikan cermin besar diruang bilik itu. Sesekali dia tertawa kecil, baru beberapa hari mereka bertemu kembali setelah sekian lama Hariz Azhan sudah membawa dia pulang ke Melaka. Katanya dia mahu mengabadikan kenangan indah di sini.
Kalau tiga tahun dulu bumi Melaka ini menyaksikan perpisahan antara mereka, kali ini lelaki itu mahu bumi ini juga menjadi saksi mereka sekali lagi telah di pertemukan Ilahi. Ah,lelaki itu!! Bisik hati kecilnya.
Qarin Nasuha sedar, dia terlalu menyayangi Hariz Azhan. Lantaran itu lah dia tidak pernah membuka pintu hatinya pada mana mana lelaki sekali pun sepanjang tiga tahun itu. Cintanya bukan mudah untuk beralih arah.Cinta yang ada dalam dirinya ibarat permata yang terlalu berharga. Dia bukan mana mana perempuan yang terlalu mudah menjaja cinta pada sebarangan lelaki.
Baginya cinta dalam hatinya kekal abadi. Dan pemilik cinta itu adalah lelaki yang menyayanginya setulus hati Dia tidak pernah menemui mana mana lelaki yang menyintai dirinya seperti Hariz Azhan. Demi Tuhan, sesungguhnya dia tidak mampu andai perpisahan bakal terjadi lagi antara mereka.
Setiap saat dia berdoa agar kehadiran Hariz Azhan kali ini bukan membawa duka dalam hidupnya. Kerana dia tidak mampu untuk terluka lagi. Dan dia tahu, Hariz Azhan juga begitu.Antara mereka sama sama terluka, perpisahan tanpa rela yang terjadi antara mereka terlalu menyakitkan dirinya dan Hariz Azhan.
Qarin Nasuha tersentak dari lamunan bila telefon kecil miliknya berbunyi minta diangkat. Tersenyum dia mendengar ringtone yang berkumandang. Menandakan siapa si pemanggil.
Pemanggil cinta yang sedang memanggilnya. Dia ketawa kecil memandang nama yang tertulis. Sengaja dia menyimpan nama Hariz Azhan begitu.
“Hi sayang!! Abang rindu laaa bucuk.” Belum pun sempat dia berkata sepatah pun lelaki itu sudah menjerit manja. Tertawa dia dengan gelagat Hariz Azhan itu.
“Iskh abang ni, kot iya pun bagi la salam.Buat orang terperanjat je la. Nak kene gigit eh.” Usik Qarin Nasuha nakal. Namun dibibir tetap menguntum senyuman indah yang membayangkan bentuk hatinya tatkala mendengarkan ungkapan sayang itu.
“Assalamualaikum sayang bucuk.Nak gigit kat mane eh.”usik Hariz Azhan kembali.Sengaja mahu bermanja dengan buah hatinya itu.
“Jangan nak mengada eh.Abang dah siap ke?Orang dah siap ni.”cepat cepat Qarin Nasuha mengalih topik perbualan. Lelaki itu bukan boleh di layan sangat. Makin di layan makin menjadi jadi nakalnya.
Abang dah siap dah pun. Tunggu tuan puteri je.Bukak la pintu. Abang ada kat depan ni cuk.”
“Laaa, dah ada kat depan ke.Kenapa tak ketuk pintu aje,pening betul la abang ni.”rungut Qarin Nasuha manja. Dia bangun dan mula melangkah ke daun pintu. Beg tangan di sambar sekali lalu.
“Hi sayang.”sapa Hariz Azhan sebaik saja Qarin Nasuha muncul disebalik daun pintu.
“Ketuk aje lah pintu tu.Tangan berat eh.”usik Qarin Nasuha manja.
“Tak de lah.Orang saja nak sakat dia.”Hariz Azhan mencapai tangan Qarin Nasuha.
“Orang nak tutup pintu la abang.”Qarin Nasuha mahu menarik tangannya, namun lelaki itu buat tidak dengar.
“Meh abang tutupkan.”cepat dia menarik tombol pintu dan tersenyum nakal.
“Eeee…pelik pelik betul abang ni. Dah lama tak jumpa dah makin manja.”usik Qarin Nasuha. Kadang kadang dia bagaikan tidak mengenali lelaki didepannya itu. Hariz Azhan terlalu berbeza. Manjanya bertambah menjadi jadi.
“Ye la. Pasal dah lama abang tak manja dengan siapa siapa pun. Tunggu cuk la lama sangat. Ni dah jumpa cuk, abang nak manja puas puas.”jawab Hariz Azhan. Dia berhenti melangkah menyebabkan Qarin Nasuha turut sama terhenti.
“Kenapa abang?”Tanya Qarin Nasuha. Pelik melihat lelaki itu berhenti tiba tiba.
Hairan dia melihat riak wajah Hariz Azhan yang berubah. Ada rasa sebak pada wajah itu. Seketika kemudian, perlahan lahan ada butir mutiara yang bergenang pada kelopak matanya. Tersentak Qarin Nasuha, mengelabah andai usikannya tadi menyentuh lelaki itu.
“Abang…”tersekat suaranya memandang lelaki itu. Hatinya pilu melihatkan wajah itu. Sungguh, dia tidak tahan melihat kesedihan yang bergenang pada sepotong wajah milik hatinya itu.
“Abang dah terlalu lama kehilangan cuk. Cuk tahu tak abang sangat sangat sayangkan cuk. Abang tak boleh bayangkan kalau abang kehilangan cuk sekali lagi. Abang tak sanggup cuk. Selama ni abang derita sangat. Abang tak boleh nak hadapi andai abang kehilangan cuk.Kita kawin ye, nanti kita balik Cameron, jumpa babah. Kita nikah aje dulu. Nanti kemudian baru kita buat kenduri semua ye.”ujar Hariz Azhan sebak. Dia mengenggam erat jadi jemari Qarin Nasuha.
Dia tidak peduli dengan apa sekali pun tanggapan orang pada dirinya. Apa yang penting dia tidak mahu kehilangan Qarin Nasuha lagi.Cukup lah selama ini dia menderita kerana kehilangan Qarin Nasuha. Dia sudah tidak sanggup!
“Abang…”Qarin Nasuha tersedu. Dia turut sama berkongsi kesedihan itu.Selama tiga tahun ini dia juga merasa betapa seksanya kehilangan Hariz Azhan.
“Kita kawin ye.Apa yang penting abang nak cuk jadi milik abang yang sah. Kita nikah aje dulu.Lepas tu baru kita buat majlis semua ye. Abang akan cakap dengan babah nanti. Boleh kan cuk?”Tanya Hariz Azhan. Suaranya saja sudah cukup membayangkan seribu pengharapan. Dia bukan saja membawa bersama hatinya malahan cinta setinggi gunung buat gadis itu.
“Cuk?”Hariz Azhan menyentuh dagu gadis itu. Memandang wajah sayu yang dibasahi air mata itu.Hati tersentuh melihatkan sendu pada wajah Qarin Nasuha.
“Jangan menangis sayang. Abang terluka bila cuk menangis begini.”lembut Hariz Azhan berbicara. Dia menyapu air mata yang mengalir pada wajah itu.
“Orang sayangkan abang.”bersama tangisan itu Qarin Nasuha membuat pengakuan dari setulus hatinya. Lantas dia memeluk Hariz Azhan erat. Menangis pada dada lelaki itu. Melepaskan segala derita yang ditanggungnya selama tiga tahun. Mahu meleraikan rindu yang sarat dalam jiwanya. Dia sudah tidak peduli dengan apa sekali pun waktu itu.
Biarlah dunia berputar seribu kali sekali pun, apa yang dia tahu dia tidak mahu saat dia dan Hariz Azhan berakhir begitu saja. Dia tidak mahu lelaki itu pergi meninggalkan dirinya sekali lagi.
Terlalu sukar mahu menzahirkan rasa cinta yang ada pada dirinya. Tiada sesiapa yang mampu menyelami gelora cinta yang ada dalam dirinya. Gelora yang tidak pernah surut!
“Kita kawin ye,abang nak jumpa babah.”ujar Hariz Azhan lembut. Dia mengelus lembut kepala Qarin Nasuha, memujuk agar gadis itu berhenti menangis. Terasa tenang jiwanya saat itu. Dirinya yang bagaikan layang layang putus tali selama tiga tahun ini, bagaikan telah kembali bernyawa.
Dia bagai telah menemui matlamat hidupnya selama ini. Menemui semula cinta hatinya yang telah hilang. Tidak dapat digambarkan betapa lapangnya dada bila dia memiliki kembali cinta yang telah hilang selama ini. Hariz Azhan berjanji, dugaan apa sekali pun yang datang kali ini dia tidak akan mengalah.Dia akan mempertahankan cinta itu sehingga keakhir hayatnya.
Dia memanjatkan doa pada Yang Esa, tidak mahu perpisahan lagi antara mereka. Dia mahu menamatkan hubungan mereka pada satu ikatan abadi yang di redhaiNya.
&!burried at 11:23 PM